Wah, wah, wah..Time nak balik raya ni la yang paling seronok, kalau time puasa, muka tu monyok jaa memanjang..Lapar punya pasal beb..hehehehe..
ini la rupa aku kalau time puasa..hahahaha =D
Tapi serius, walaupun dalam kegembiraan nak balik raya ni, ada juga cerita sedih nya..Mana tak nya, pejam celik, pejam celik, dah 3 semester aku dok mengaji kat Merbok ni..Lagi pun, ni kira last semester laa aku dapat berpuasa bersama-sama member sekelas dan se-course dengan aku..Mesti rindu punya la dengan saat-saat macam tu..huhuhu
Macam mana pun, aku nak simpan dulu benda sedih-sedih ni time hujung semester sebab sekarang ni aku dok fikir nak raya jaa..Mana feel sambut raya sedih-sedih beb! hahaha =D
Siapa peminat setia blog aku ni jangan risau la ekk..Sibuk macam mana pun dalam keadaan nak raya ni, posting aku tak kan lupa punya..Demi korang..cewarhhhhhh!!
So, aku rasa setakat tu ja kot pada hari ini, orang Taiping dah menunggu kepulangan aku ni (stendet abang kawasan..hahaha)..Pesanan dari penaja, balik elok-elok ok and jangan dok gila babi nak main mercun sangat ehh (mercun pop-pop takpe)..
Yang dok dekat Merbok tu aku rasa tak balik awal pun takpe, jarak rumah dengan UiTM sejengkal je pun, tapi kelam-kabut nak balik awal macam rumah dok nun jauh kat hujung dunia tu (jangan terasa ekk..hehehe)..
Apa pun, aku chow dulu and SELAMAT HARI RAYA!!
p/s: nak bukak puasa kat Penang la pulak ari ni..hehehehe
No comments:
Post a Comment