Setahu aku, Jabatan Tenaga Kerja ni ditubuhkan dengan prinsip untuk bertanggungjawab ke atas kebajikan pekerja dan kepentingan majikan serta pelaksanaan dasar-dasar perburuhan negara melalui pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang buruh dan langkah-langkah promosi yang berkesan bagi mewujudkan tenaga kerja yang komited dan produktif..
Korang nampak tak apa yang aku bold kan atas tu? Pertama sekali adalah untuk menjaga kebajikan pekerja..Tapi apa yang akan jadi kalau Jabatan Tenaga Kerja hanya mementingkan kepentingan majikan dan tidak bertanggungjawab ke atasa kebajikan pekerja? Nampak macam biased, sebelahkan pihak majikan dan mencacaikan pihak pekerja, betul tak?
Ya, korang jangan ingat perkara macam ni tak pernah berlaku, perkara macam ni biasa berlaku dalam majikan atau syarikat-syarikat multinasional yang besar-besar, untung berbilion-bilion yang jenis kalau buat menindas pekerja pun takde hal punya derr..Sebab apa? Sebab diorang ada authority yang boleh 'di anjingkan' untuk membela pihak syarikat diorang kalau pihak pekerja membuat aduan..
Okay, kenapa aku cakap macam tu? Aku ni bukan jenis yang suka-suka nak lepas cakap je kalau aku sendiri tak rasa benda tu..Untuk pengetahuan korang, aku merupakan bekas pekerja di KFC Kamunting yang baru-baru ni telah membuat sesi perbincangan dengan bekas majikan atas aduan yang aku dah bawak ke pihak Jabatan Tenaga Kerja Cawangan Taiping..
Ini antara aduan-aduan yang aku buat ke atas KFC Kamunting:
1. Ketidaktepatan Informasi/Maklumat Dalam Risalah/Tawaran Kerja.
i) Risalah jawatan kosong tidak sama dengan tawaran kerja.
ii) Gaji/upah yang di tawarkan mengelirukan pemohon.
iii) Tidak dinyatakan samada sepenuh masa atau separa masa.
vi) Ketidaktepatan informasi yang di iklankan.
2. Tiada Surat Tawaran Kerja/ Kontrak Secara Bertulis (Appointment Letter).
i) Pekerja tidak di berikan salinan surat tawaran terima bekerja (Appointment Letter)
ii) Pekerja tidak mengetahui isu kandungan kontrak dan syarat perkhidmatan.
iii) Pekerja tidak mengetahui status jawatan samada sepenuh masa atau separa masa.
vi) Pekerja tidak mengetahui status gaji/upah.
v) Terdapat unsur penipuan dan penindasan semasa menandatangani kontrak.
3. Jadual Kerja
i) Jadual kerja yang tidak konsisten.
ii) Notis jadual kerja tidak dipamerkan lebih awal dari tarikh dan masa bekerja.
iii) Mengubah tarikh dan masa kerja tanpa memaklumkan kepada pekerja.
iv) Pembahagian jadual kerja yang tidak samarata dengan pekerja lain.
v) Diskriminasi menetapkan jadual kerja pada Januari 2012 antara pekerja lain.
vi) Konspirasi untuk pekerja menamatkan perkhidmatan dengan mengurangkan masa bekerja.
4. Gaji/Upah.
i) Tiada salinan kontrak berkaitan gaji/upah yang dipersetujui.
ii) Tiada perbincangan berkaitan gaji/upah yang dipersetujui.
iii) Tiada penyata bertulis berkaitan pengiraan gaji/upah yang diterima.
iv) Tiada penyata bertulis berkaitan pemotongan gaji/upah yang dibuat.
5. Kebajikan.
i) Sikap tidak bertanggungjawab pengurusan KFC (Kes pukul – Repot Polis)
ii) Melibatkan orang luar untuk menyelesaikan masalah pengurusan KFC
(Kes pukul – Repot Polis)
iii) Tidak menghormati pekerja (Mengumpat,maki,menyindir)
iv) Mendedahkan maklumat pekerja pada orang luar
(Kes ugutan – Repot Polis)
Ini bukti yang surat untuk hadir bagi sesi perbincangan bersama majikan dan pekerja di Jabatan Tenaga Kerja Cawangan Taiping pada 14/2/2012 yang lalu..
Selain tu jugak, aku dah sedia kan beberapa bahan bukti yang lain untuk mengukuhkan aduan aku tu dan sebelum sesi perbincangan tu jugak, aku ada jumpa dengan beberapa orang peguam (kawan ayah aku) untuk tanya pasal isu ni..Diorang kata memang boleh buat kes..Okay, itu kata peguam, tapi apa kata pegawai Jabatan Tenaga Kerja?
Mengikut kata pegawai tu masa sesi perbincangan tempoh hari, bila aku secara sukarela berhenti daripada bekerja sebagai pekerja KFC, semua aduan aku ni dah tak boleh dirunding lagi a.k.a dibakul sampahkan dengan alasan yang aku dah tak ada apa-apa kaitan dengan diorang..So, apa tujuan aku datang ke sesi perbincangan tu kalau satu aduan apa pun tak boleh nak bincangkan? Saja nak rugikan masa aku ka apa?
Itu dah satu hal, bila nampak muka aku dah lain, pegawai tu kata lain pulak, kononnya boleh bincang satu isu sahaja iaitu pasal gaji..Untuk makluman korang, KFC punya stail nak menipu, kontrak kerja yang sepatutnya kena tandatangan sebelum masuk kerja, diorang bagi 2 minggu selepas aku masuk kerja dan disuruh letak tarikh waktu hari mula-mula aku masuk kerja..Dah la tu, tak bagi aku baca dulu dan menipu kata surat yang kena tandatangan tu untuk urusan lain seperti KWSP, Maybank dan apa jadah diorang laa..
Tapi dalam sesi perbincangan tu, pengurus KFC yang suruh aku tandatangan tu tak berani nak datang tunjuk muka pulak, suruh pengurus lain pulak yang datang, Takut ke apa? Pandai buat silap pastu menyorok belakang orang lain..Bingai betul kalau ada pengurus macam ni..
Berbalik pasal isu gaji, pihak pengurusan KFC kata sejam upah nya RM3.00, tapi bila tengok kontrak, upah sejam adalah RM2.50, so mana satu yang nak kena ikut ni? Dalam kontrak dengan kata-kata pihak pengurusan sendiri pun dah bercanggah..
Itu satu hal, dalam kontrak pulak tulis aku ni pekerja separa masa tapi jadual kerja macam pekerja sepenuh masa iaitu 8 jam sehari, macam mana? Bila ada apa masalah dengan pekerja, pihak pengurusan boleh suka-suka hati potong jam pekerja..Ini prosedur apa? Yahudi? Kenapa tak ikut Akta Kerja 1955? KFC ni besar sangat ke sampai undang-undang dan hak pekerja pun diorang boleh langgar?
Pegawai Jabatan Buruh tu kata apa kalau korang nak tahu? Dia suruh aku berbincang dengan pihak pengurusan KFC kenapa buat macam tu dan diorang mungkin ada sebab tak bagi korang masa kerja macam orang lain..Pegawai ni sekolah sampai tahap berapa ekk? Sebab aku dah penat nak berbincang la yang aku buat aduan kat jabatan kau, bodoh..
Dah la tu, bab majikan kena bagi apointment letter kat pekerja pun pegawai tu boleh backing KFC, katanya KFC pun ada prosedur diorang jugak, lewat 3 bulan, setahun lebih tu biasalah..Apa bangang pegawai ni? Kalau KFC ada prosedur sendiri, bermakna tak perlu ikut undang-undang la, macam tu? Jenis pegawai sekolah tak habis, berangan nak pegang pangkat tinggi, hasil nya jadi macam ni laa..
Dah la tu, kes adik aku (kerja sama dengan aku) kena pukul dalam premis KFC dengan boyfriend pengurus KFC tu pegawai tu tak mahu layan, malah bukti pun dia tak mahu tengok..Apa biased pegawai ni? Kau makan gaji dengan KFC ekk? Sebab tu kau jilat diorang sampai macam tu kan?
Korang nak tahu berapa lama sesi perbincangan ni berlangsung pada hari tu? Tak sampai sejam pun, juz setengah jam lepas tu tamat..Aduan aku tu dia nak K.I.V dulu sementara runggu penyata gaji bulan Januari..Kalau macam tu, serupa macam aku tak buat aduan la, dan pihak pengurusan KFC Kamunting terlepas macam tu jaa..Sial betul laa..
Selepas ja aku keluar dari pejabat Jabatan Tenaga Kerja tu, serta merta persoalan aku tentang kenapa mahasiswa terlampau memilih kerja yang sering dihentam pihak kerajaan ke atas mahasiswa umpama mahasiswa 100% yang bersalah tu terjawab..Rupa-rupanya, bukan mahasiswa sahaja yang bersalah dalam hal ni, tapi dengan cara pihak majikan yang tidak bertanggungjawab, tak beretika dan tidak amanah serta pihak di jabatan-jabatan kerajaan yang tidak professional pun menjadi penyebab kenapa mahasiswa sekarang ni terlampau memilih kerja..
Lagi pun, kalau aku kalah dalam isu ni pun, aku takkan rugi, sebab aku akan carry forward isu ni masa aku sambung belajar dalam ijazah sarjana muda pengajian undang-undang nanti..Sebab tu aku tak berapa suka kalau syarikat multinasional macam diorang ni bertapak terlalu lama di Malaysia, lambat laun pekerja bangsa kita sendiri pun boleh tertindas..
Untuk makluman korang, aku telah pun failkan satu surat untuk dihantar kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak untuk diadakan sesi perbincangan semula oleh pegawai lain yang lebih berkelayakan..Harap semuanya akan berjaya dan keadilan pekerja dapat ditegakkan..Jangan ingat sebab aku ni pekerja separa masa, aku tak ada hak sebagai pekerja, itu ternyata satu persepsi yang salah..
p/s: Dengar cerita dari peringkat pusat, pegawai yang in-charge sesi perbincangan aku tu ada kes lagi yang tak selesai mengenai kes pemerdagangan manusia sampaikan saksi pun dia halau sebab nak kes habis cepat dan lebih memihak pada majikan..Patutla kes aku pun dia nak bagi perabih cepat..Hahahaha, "Tugas Adalah Ibadat" konon, hakk ptuihhh!
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
