Labah-labah jenis Redback (punggung merah) ini boleh ditemui di seluruh pelosok Australia. Redback betina biasanya berwarna hitam dengan corak merah dan bergaris di belakangnya.
Labah-labah ini memiliki racun neurotoksik dan bila anda digigit, ia akan menyebabkan lemah otot, mual, muntah dan berpeluh. Kesan yang paling teruk adalah lumpuh dan menyebabkan kematian.
Labah-labah jenis Funnel-Web ini juga berasal dari Australia. Funnel-Web jantan selalunya berwarna hitam atau coklat berkilat. Labah-labah ini ketika hendak menyerang, akan berdiri dengan kaki belakang dan memperlihatkan taring mereka.
Mereka juga memiliki racun neurotoksik dan gigtan mereka dapat menyebabkan mangsa mengeluarkan air liur secara berlebihan, berpeluh, kejang, dan mengeluarkan air mata.
Labah-labah jenis Brazilian Wandering ini boleh ditemui di hutan hujan Amerika Selatan. Mereka ini sangat agresif. Gigitannya sangat menyakitkan kerana ia melepaskan serotonin ke dalam aliran darah mangsanya. Serotonin ini boleh membuatkan mangsa mati seolah-olah seperti mengambil dadah secara berlebihan.
Labah-labah kecil ini mempunyai punggung berbentuk seperti biola. Racun dari Brown Recluse ini akan menyebabkan benjolan pada tempat yang digigit. Malah, gigitannya juga tidak sakit, namun, jangan pandang rendah kerana benjolan tersebut kemudiannya akan membusuk dari dalam dan meleraikan daging dari bahagian tubuh mangsanya itu.
p/s: Nasib baik spesies yang jenis berbahaya ni tak ada di Malaysia..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment