Jom Singgah Sini =)

Tuesday 22 January 2013

[Hebat] Trakdot Luggage: Alat Pengesan Bagasi =D

Masalah kehilangan bagasi atau beg mungkin merupakan satu perkara yang mahu kita elakkan sekiranya kita mengembara dalam jarak perjalanan yang jauh..Oleh itu, sebuah alat pengesan telah dicipta bagi memudahkan si pemilik mengesan semula bagasinya yang telah hilang..Nak tahu macam mana alat tersebut berfungsi, meh usha kat bawah ni..


Trakdot Luggage telah dicipta untuk keselamatan bagasi anda semasa dalam perjalanan dan ia hanya sebesar tapak tangan bagi memudahkan ia diletakkan dalam beg anda. Alat pengesan ini mampu mengesan bagasi apabila ia tidak sampai ke destinasi di ingini serta menyampaikan maklumat mengenai di mana bagasi anda diperiksa.

Sebelum anda boleh menggunakan alat ini, anda perlu terlebih dahulu mendaftar di laman web Trakdot dan letakkan ia di dalam ruang bagasi anda. Alat ini akan memberi maklumat kepada anda melalui SMS atau E-mail. Oleh itu, ia juga berguna bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar untuk menerima maklumat daripada Trakdot.

Selain itu, bagi pelancong yang mempunyai kemudahan Internet, mereka boleh mengesan bagasi mereka di laman web Trakdot,com atau menggunakan aplikasi pengesan bagasi Trakdot percuma. Aplikasi tersebut juga akan mengeluarkan bunyi petanda amaran apabila anda mendekati bagasi yang sedang dicari.

Produk ini akan mula dipasarkan pada Mac 2013 dengan harga US$49.95 dan yuran pengaktifan sebanyak US$8.99 serta yuran perkhidmatan tahunan sebanyak US$12.99. Dengan harga tersebut, anda akan menerima satu alat pengesan Trakdot, tag bagasi dan bateri. 

Alat ini berfungsi secara global dan mana-mana telefon bimbit boleh menerima SMS daripada alat pengesan ini dengan harga yang rendah. Satu lagi pilihan yang baik adalah pemilik bagasi Trakdot boleh mengesan beg mereka di web www.Trakdot.com menggunakan log selamat masuk (log in).


Bagi mereka yang nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat sini - MaxBorgesAgency

p/s: Macam mana? Ada yang berminat ke? =)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...